Monday, January 23, 2012

Andai Kau Tahu.

Beep..Beep..Beep.. Jam loceng ku berbunyi, menunjukkan sudah pukul 8 pagi. Perasaan teruja membuatkan ku terus bangun dan mencapai peralatan mandi ku lalu terus ke bilik mandi. Yela, hari ini merupakan hari pertama buat kelas pertama di universiti. Kelas Proficiency English. Subjek kegemaran ketika di bangku sekolah. Setelah selesai bersiap untuk ke kelas, aku mencapai telefon dan terus menghubungi Shahira. teett teett, teett teett, "hello," "hello sayang, I dah nak bergerak ke kelas dah ni, just calling to say good morning and I love you," kataku. "oh, okay. belajar elok-elok. I nak sambung tidur. Semalam I balik lambat. Cousin I bawa I jalan-jalan. I tidur dulu tau sayang. I love you too." Shahira terus meletakkan telefonnya. Aku hanya mampu membayangkan wajahnya yang baru bangun tidur. "mesti comel," aku bermonolog sendirian. Dengan senyuman di bibir, aku terus menyarungkan kasut ku lalu aku beransur ke perhentian bas yang berdekatan. Tibanya aku di perhentian bas tersebut, aku terserempak dengan Farid, Afiq dan Hafiz. Mereka juga baru tiba di perhentian bas tersebut. "Masing-masing nampak bersemangat hari ni," kata Farid sambil tersenyum. Afiq pula hanya berdiam dan bermasam muka. Kata Farid, Afiq memang begitu kalau dia tengah lapar. Aku hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawan baru ku di unisel ini. 10 minit kemudian bas tiba.

Setibanya kami di unisel, kami terus bergegas mencari kelas pertama kami. Ketika sedang khusyuk mencari kelas, kami terserempak dengan Ika, Syira, Mia dan Fidah. "awak, tengah cari kelas ke ?" "kami tahu kelas dimana," kata Ika sambil mengajak kami mengikuti mereka. Kami pun memilih untuk mengikut mereka. "inilah kelas kita untuk hari ini, itulah, semalam tak nak cari," kata Syira sambil tersenyum. "Semalam kami ada hal. Tak sempat nak cari kelas, haha," balas ku sambil ketawa.

bersambung :)

2 comments: