Saturday, January 28, 2012

IBU

Sila Baca Dengan Penuh Perasaan :)





"Ibu ! abang nak duit, cepat bagi abang duit !" "Abang nak buat ape bang ?" "Kau jangan banyak bunyi boleh tak ? Aku nak duit kau bagi je lah ! Aku nak 50 ringgit. Cepat !" "Abang, ibu kumpul duit ni untuk belikan ubat untuk adikkau bang, kesian lah kat adik bang," "Ahh ! Aku nak guna untuk barang lagi penting ! Bak sini !" "Abang, jangan bang, jangan !"

"HAHAHA. Dapat jgk aku beli dadah." "Alamak, ada polislah, baik aku lari," "Hoi ! Jangan lari !" "Encik, saya tak buat apa2 cik, saya tak salah," "Ni dadah ni siapa punya ?! Kau kena ikut kami ke balai," "Tapi cik..."

"Ibu ? Ibu ??" "Abang, Ibu sayang abang sangat2, Ibu harap abang maafkan ibu kalau ibu ada buat salah kat abang," "Ibu jangan pergi bu ! Abang nak minta maaf bu ! Abang nak peluk Ibu ! abang rindu kat ibu ! Ibu ! Ibu ! IBU !!" 

"Mimpi rupanya, Allah..."

"Dah berbulan aku tak jumpa Ibu," *bacaan yassin. "Ibu ?" "Ibu, abang dah balik, abang nak minta maaf bu, abang rindu kat ibu. Ibu ? kenapa ibu diam ? ibu, bangun bu ! Jangan tinggalkan abang bu ! Ibu ! IBU !!" "Dah lah tu bang, Ibu da tiada, Ibu terpaksa berkerja keras untuk jaga adik lepas abang ambil duit dari ibu, Ibu tak cukup makan, Ibu tak sihat, sekarang ibu dah tiada bang," "Apa aku dah buat ? Ya Allah ! Ibu !  Abang minta maaf bu, Ibu !!"





p/s: sayangi ibu anda :)

Monday, January 23, 2012

Andai Kau Tahu.

Beep..Beep..Beep.. Jam loceng ku berbunyi, menunjukkan sudah pukul 8 pagi. Perasaan teruja membuatkan ku terus bangun dan mencapai peralatan mandi ku lalu terus ke bilik mandi. Yela, hari ini merupakan hari pertama buat kelas pertama di universiti. Kelas Proficiency English. Subjek kegemaran ketika di bangku sekolah. Setelah selesai bersiap untuk ke kelas, aku mencapai telefon dan terus menghubungi Shahira. teett teett, teett teett, "hello," "hello sayang, I dah nak bergerak ke kelas dah ni, just calling to say good morning and I love you," kataku. "oh, okay. belajar elok-elok. I nak sambung tidur. Semalam I balik lambat. Cousin I bawa I jalan-jalan. I tidur dulu tau sayang. I love you too." Shahira terus meletakkan telefonnya. Aku hanya mampu membayangkan wajahnya yang baru bangun tidur. "mesti comel," aku bermonolog sendirian. Dengan senyuman di bibir, aku terus menyarungkan kasut ku lalu aku beransur ke perhentian bas yang berdekatan. Tibanya aku di perhentian bas tersebut, aku terserempak dengan Farid, Afiq dan Hafiz. Mereka juga baru tiba di perhentian bas tersebut. "Masing-masing nampak bersemangat hari ni," kata Farid sambil tersenyum. Afiq pula hanya berdiam dan bermasam muka. Kata Farid, Afiq memang begitu kalau dia tengah lapar. Aku hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawan baru ku di unisel ini. 10 minit kemudian bas tiba.

Setibanya kami di unisel, kami terus bergegas mencari kelas pertama kami. Ketika sedang khusyuk mencari kelas, kami terserempak dengan Ika, Syira, Mia dan Fidah. "awak, tengah cari kelas ke ?" "kami tahu kelas dimana," kata Ika sambil mengajak kami mengikuti mereka. Kami pun memilih untuk mengikut mereka. "inilah kelas kita untuk hari ini, itulah, semalam tak nak cari," kata Syira sambil tersenyum. "Semalam kami ada hal. Tak sempat nak cari kelas, haha," balas ku sambil ketawa.

bersambung :)

Andai Kau Tahu.

Semasa menunggu lif, aku disapa oleh seorang lelaki berambut pendek dan agak rendah orangnya. "Em, kau ni masscom juga ke ?" dia bertanya. "A'ah. Sem satu." jawabku pendek. "Nama aku Farid. Aku masscom juga. Tadi aku ada jumpa seorang perempuan dengan kawan dia. Dia kata ada perjumpaan fakulti. Kau tak pergi ke ?" "La, yeke ? Aku baru tahu ni. Jom pergi jom." "Jom. Eh, kejap nama kau siapa ?" "Oh, lupa pula nak bagitahu nama. Haha. Nama aku Hadi." Begitulah pertemuanku dengan Farid.

Ketika kami tiba di fakulti, sekumpulan pelajar sedang berkumpul di satu bahagian di fakulti tersebut. Aku nampak Ika dan kawannya lalu ku terus menegur mereka. "hari ni ada perjumpaan ke Ika ?," aku bertanya kepada Ika. "a'ah, marilah join kami kat sini. Kita tunggu sampai Kak Su panggil kita,". Dalam ramai-ramai pelajar disitu, ada seorang pelajar lelaki yang sekali pandang, adalah seperti orang KL. Bila dia bersuara, Kelantan rupanya. Namanya Afiq. Afiq adalah seorang lelaki yang kelihatan segak dan berada. Mungkin sebab itu dia lebih memberi perhatian terhadap pelajar perempuan. Selain daripada Afiq, ada juga seorang lagi pelajar lelaki yang kelihatan seperti remaja yang mengikuti budaya Punk. Rambutnya panjang dan mukanya garang. Tetapi setelah mengenalinya, Hafiz sangatlah peramah. Pada hari itu juga, aku berkenalan dengan Syira, kawan yang setakat ini aku lihat adalah yang paling rapat dengan Ika. Kemana mereka pergi, pasti akan berdua. Selain itu, aku juga berkenalan dengan Fidah dan Mia. Mereka ini kelihatan datang dari keluarga yang berada. Selain blackberry ditangan, handbag Gucci juga disandang mereka. Ketika kami sedang seronok berkenalan, Kak Su memanggil kami. "hari ini, kamu semua akan isi borang examtion dan lepas tu kamu semua boleh balik,". Setelah selesai, masing-masing membawa haluan masing-masing.

bersambung :)