Wednesday, June 29, 2011

Andai Kau Tahu.

"Dah lama ibu tunggu kau masuk universiti, sempat juga ibu lihat." Itulah kata-kata yang keluar dari mulut ibuku bila kami sekeluarga tiba di Universiti Selangor. Walaupun seperti baru semalam aku belajar dan bergelak ketawa bersama kawan-kawanku di sekolah. "Hadi belajar elok-elok tau, nanti senang dapat kerja lepas itu kau dah boleh kahwin." kata ibuku sambil tersenyum. "Apalah ibu ni, Hadi tak terfikir pun nak kahwin lagi, lambat lagi tu." balasku sambil melihat sekeliling kawasan baru ini. "Ala, nanti bila dah grad, orang lain bawa balik sijil, abang bawa balik kakak baru." usik adikku. Aku hanya mampu ketawa. Ibu dan ayah hanya tersenyum.

Selepas selesai sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru, keluargaku menghantarku ke asrama yang disediakan dan mereka pun pulang. Setelah selesai menyusun pakaian dan barang-barangku kedalam almari, aku mengambil telefon bimbitku dan menelefon Shahira, kekasihku yang ku kenali ketika dibangku sekolah lagi. "Hai sayang, I baru lepas selesai kemas barang-barang I." "You call malam nanti boleh tak ? I nak hang out dengan kawan-kawan I kejap, next week I dah nak masuk UiTM." "Em. Ok, you have fun lah dulu. Bye. I lo..." belum sempat ku habiskan perbualan, dia sudah letak telefon. Walaupun rasa seperti tidak dipedulikan, tetapi aku membiarkannya. "Mungkin line terputus kot." aku bermonolog sendirian. Kemudian aku keluar dari asramaku untuk pergi ke kedai makan yang terletak dibawah. Setelah aku tiba di kedai makan itu, aku lihat sekeliling dan aku dapat lihat pelajar-pelajar baru makan bersama-sama kawan baru mereka. Aku pula hanya berseorang. Kawan-kawan seasrama denganku semuanya membuta di asrama. "Minum apa dik ?" pekerja kedai makan itu menegurku. "Limau ais dan nasi goreng cina satu bang," jawabku. Sementara menunggu makanan yang ku pesan tiba, aku melihat kawasan sekeliling. Berharap aku dapat jumpa sesiapa yang aku kenal dan tiba-tiba pandangan ku terhenti. Ada seorang gadis bertudung, berbaju biru dan berseluar jeans sedang melintas jalan bersama kawannya. Hatiku tertawan dengan kecantikan gadis itu.


bersambung... :D

No comments:

Post a Comment