Monday, January 23, 2012

Andai Kau Tahu.

Semasa menunggu lif, aku disapa oleh seorang lelaki berambut pendek dan agak rendah orangnya. "Em, kau ni masscom juga ke ?" dia bertanya. "A'ah. Sem satu." jawabku pendek. "Nama aku Farid. Aku masscom juga. Tadi aku ada jumpa seorang perempuan dengan kawan dia. Dia kata ada perjumpaan fakulti. Kau tak pergi ke ?" "La, yeke ? Aku baru tahu ni. Jom pergi jom." "Jom. Eh, kejap nama kau siapa ?" "Oh, lupa pula nak bagitahu nama. Haha. Nama aku Hadi." Begitulah pertemuanku dengan Farid.

Ketika kami tiba di fakulti, sekumpulan pelajar sedang berkumpul di satu bahagian di fakulti tersebut. Aku nampak Ika dan kawannya lalu ku terus menegur mereka. "hari ni ada perjumpaan ke Ika ?," aku bertanya kepada Ika. "a'ah, marilah join kami kat sini. Kita tunggu sampai Kak Su panggil kita,". Dalam ramai-ramai pelajar disitu, ada seorang pelajar lelaki yang sekali pandang, adalah seperti orang KL. Bila dia bersuara, Kelantan rupanya. Namanya Afiq. Afiq adalah seorang lelaki yang kelihatan segak dan berada. Mungkin sebab itu dia lebih memberi perhatian terhadap pelajar perempuan. Selain daripada Afiq, ada juga seorang lagi pelajar lelaki yang kelihatan seperti remaja yang mengikuti budaya Punk. Rambutnya panjang dan mukanya garang. Tetapi setelah mengenalinya, Hafiz sangatlah peramah. Pada hari itu juga, aku berkenalan dengan Syira, kawan yang setakat ini aku lihat adalah yang paling rapat dengan Ika. Kemana mereka pergi, pasti akan berdua. Selain itu, aku juga berkenalan dengan Fidah dan Mia. Mereka ini kelihatan datang dari keluarga yang berada. Selain blackberry ditangan, handbag Gucci juga disandang mereka. Ketika kami sedang seronok berkenalan, Kak Su memanggil kami. "hari ini, kamu semua akan isi borang examtion dan lepas tu kamu semua boleh balik,". Setelah selesai, masing-masing membawa haluan masing-masing.

bersambung :)

No comments:

Post a Comment