Tuesday, July 12, 2011

Although I was only started writing this blog, I think I have to go away for awhile.

As I am falling in love with You,
You pushed me away,
As I am trying to be friend with You,
You treat me like a stray,
Although I was a nobody but I know that my feeling it's true,
But thanks to you, IT is true for just a day,
I know that I've been told to never wait for You,
But I have a dream that You will look at me someday,

Stupid ! is what people should call me !

What was I thinking, that I am for you ?
HAHA
Now I know that my dreams are just like dry leaves that are being blown away..

p/s : even primary group breakup sometime. 

Friday, July 1, 2011

Andai Kau Tahu.

Ketika sedang seronok mengelamun, sepinggan nasi goreng cina dan segelas limau ais diletakkan diatas mejaku. "Terima kasih bang.". Aku terus makan sambil membayangkan rupa gadis bertudung hitam itu tadi.

Seminggu telah berlalu, Minggu Tekad Siswa sudah berakhir. Sudah seminggu aku tidak dapat meluangkan masa bersama Shahira. Aku mengambil telefon bimbitku lalu ku menelefonnya. "Hi sayang, rindu kat I tak ?" "You busy sangatkan ? Dah lah, I tak nak kacau you." tett tett tett. Shahira meletakkan talian tanpa memberiku masa untuk memujuknya. Aku cuba menghubungi dia lagi. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.". Setelah beberapa minit aku cuba untuk menghubunginya, akhirnya berjaya. "You nak apa ? You kan busy sangat sampai tak boleh nak spend lima minit dengan I." "Handphone I tak ada battery, I tak ada masa nak charge phone. Nak tidur pun tak sampai sejam. Hari tu you lepak dengan kawan you, you tak contact I pun. I tak marah-marah pun." "You nak mengungkitlah tu. You dah tak boleh nak tunggu I ke ?" "I boleh je tunggu you sebab tu I tak marah. You je macam tak boleh tunggu I." Shahira senyap. "Kenapa you senyap ? Sorry lah sayang. I just nak luahkan kat you je. Sebab selama ni, you macam tak boleh nak tunggu I. I tahu, I dah tak boleh nak belikan makanan untuk you, teman you shopping, tapi you kena faham. I dah masuk universiti. I akan busy sikit. Dah tak boleh macam dulu. I hope you faham sayang.". Satu jam berlalu dan Shahira sudah tidak lagi merajuk. Dia kata dia akan cuba untuk bagi aku masa untuk melakukan rutin harian di universiti. 

Keesokan harinya, aku pergi ke fakulti untuk menyalin jadual kelas. Tiba-tiba bahuku diusik dari belakang. "Hi, nak tumpang tanya boleh ? Ini fakulti Masscomm ke ?" Aku terkelu. Gadis yang ku lihat di kedai makan seminggu lepas berada di depan ku dan bertanya soalan kepadaku. "A'ah. Ni fakulti masscomm la ni. Awak ni pelajar baru masscomm juga ke ?" kataku tersenyum sambil mengawal macho. "A'ah. Awak pun sama juga ke ?." "Yup. Kiranya kita ni classmate lah kan. Nama siapa ?" "Panggil Ika je." katanya sambil tersenyum. "Awak pula ?" "Panggil saya Hadi. Selamat berkenalan." Gadis itu tersenyum lalu beredar sambil melambai tangan ke arah ku. "Selamat berkenalan ? Kenapalah kau ni bodoh sangat. Buat malu je depan perempuan tu." aku bermonolog sendirian. Setelah siap menyalin jadual, aku pun beredar secepat mungkin kerana malu untuk bertembung dengan Ika. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. "Hi sayang. You tengah buat apa ?" Shahira berkata. "I baru habis salin jadual sayang. Rindulah kat you sayang." "I pun rindu kat you sayang. Tu la I call ni. Haha. Okay lah. I nak pergi makan jap. You makan juga okay ? Bye. I love you." "Okay sayang. Makan elok-elok. Jangan sampai tercekik." usikku. "I love you too.". "Bagaimana cantik pun seseorang itu, Shahira seorang saja yang aku sayang." aku bermonolog sendirian.